Saturday, September 12, 2009
Hari ini aku n geng2 konsultasi (dila, salwa,mizah, ina, laila n mizah)g ke changkat jering tuk wat program. Kami tolak dari tanjung malim kul 5.30 pagi. ngatuk giler rasanyer dah malam tue xtidur lena sbb takt tak terkejut. Member bilik (zue ngan mus ) plak xde. Depa g seremban. So terpaksa la berjaga2 supaya x terbabas hehehe. Pagi yang dingin kami semua bertolak ke cahngkat jering. Kami pergi dua buah keta keta laila ngan keta sewa. Aku naik ngan laila n mizah. Duk balakang sorang2 buat mata rasa ngantuk tapi xsmpai ati plak nak tido. Tepat kul 8.30 kami smpi kat tol changkat jering sempat la lepak2 amik gambar sat sementara tunggu org IRM (islamic relief Malaysia). Dekat sejam gak la tggu diaorg. Masa pergi semua berjalan lancer tanpa sebarang halangan. Alhamdullilah. Masa balik tinggal berlima je cozsalwa ngan dila tumpang org irm lek kl. Disebabkan masa banyak lagi so g la jalan2 kat taiping. Nak kuar sesat jenuh cari jalan kuar nasib baik la jumpa gak lau x jenuh. Pastu singgah jap kat umah nenek aku. Dlam kul 2.30 kitaorg blk tg malim. Penat n dahaganyer tuhan je la yang tahu. Rasa mcam dah nak terburai je pose nie. Tp kuatkan semangat nasib baik la aku mampu bertahan. Buat semua kawan2 tima ksih coz bagi kerjasama yang baik skali. Tanpa korang semua aku xmungkin dapat buat semua nie. Thanks a lot to mizah, ina, salwa, laila dila n zaini yang banyak membantu aku jadi group leader tuk program nie.
Posted by miss pia at 10:47 AM 0 comments
Saturday, July 25, 2009
rasa hati ini
Rasa hati ini,
Ingin lari dari semuanya,
Ingin pergi jauh tanpa bebanan,
Ingin nikmati kehidupan tanpa keraguan,
Ingin mencari kebahagian tanpa sempadan,
Ingin kembara tanpa halangan,
Namun...
Tiada guna aku lari,
Tiada guna aku pergi,
Tiada guna ku nikmati,
Jika hati masih terikat disini,
Walaupun parah mencengkam hati,
Aku pasti disini dan hari ini
Aku perlu berdiri,
Berdiri dengan satu harapan,
Harapan yang tidak pasti,
Namun...
Segalanya mungkin,
Akan ku redah
Demi sebuah cinta
Cinta yang suci,
Sesuci kasih merpati,
Demi nama cinta
Aku persembahkan segalanya
Aku persembahkan hatiku
Hanya untukmu,
Penciptaku yang agung.
Segalanya kini
Antara realiti dengan fantasi
Aku nekad untuk terus berlari
Berlari sekuat hati
Tanpa menoleh lagi
Aku pasrah dengan ketentuan ilahi
Moga sinar baru akan menanti
Mengecap bahagia nan abadi
Aku percaya..
Pasti ada sinar yang menerangi hidupku...
created by: pia mus, ida n yati
Posted by miss pia at 9:54 AM 0 comments
Labels: miss pia
Monday, July 6, 2009
tiga gologan yang awal masuk neraka

Posted by miss pia at 9:53 PM 0 comments
KISAH PENGEMIS DAN ISTERI CANTIK

Posted by miss pia at 9:45 PM 0 comments
kisah kelopak mata
Posted by miss pia at 9:29 PM 0 comments
Sunday, March 22, 2009
Tips Menghadapi Temuduga
Terdapat dua aspek mustahak semasa ingin menghadapi temuduga iaitu persediaan dan tingkah laku semasa temuduga.
1. Persediaan
· Selidik seberapa banyak yang dapat tentang pekerjaan yang anda pohon itu.Sumber-sumber yang boleh membantu ialah :
1. Mereka yang bekerja di dalam pekerjaan yang dipohon.
2. Bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh didapati dari pelbagai jabatan,
firma dan perpustakaan.
3. Ibu-bapa, saudara-mara dan rakan-rakan.
· Selidik sama ada anda mempunyai kelulusan akademik dan kelulusan-kelulusan lain sebagaimana yang dikehendaki bagi pekerjaan yang anda pohon itu.
· Jika anda ditemuduga bagi sesuatu pekerjaan yang berkehendakkan pengetahuan atau latihan khas, anda mungkin disoal tentang perkara tertentu yang berkaitan ataupun diberi satu ujian untuk menilai pengalaman, kemahiran atau kepantasan anda. Dalam hal seperti ini adalah berfaedah jika anda mengkaji semula perkara-perkara berkenaan sebelum menghadiri temuduga.
· Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat temuduga itu 10 minit sebelum temuduga itu dimulakan. JANGAN SEKALI-KALI DATANG LAMBAT.
· Pakai pakaian yang sesuai, kemas dan bersih.
· Kuku jari anda hendaklah bersih. Rambut hendaklah pendek bagi laki-laki dan kemas disikat bagi perempuan. Kasut anda juga hendaklah bersih.
· Apabila anda menjawab sesuatu iklan pastikan permohonan anda itu mengandungi segala butir-butir tertentu seperti yang dikehendaki di dalam iklan itu. Bersedialah menjawab soalan-soalan berkenaan dengan iklan dan kandungan surat permohonan itu.
· Bawa bersama sijil-sijil asal sekolah, dokumen-dokumen asal dan surat-surat akuan asal untuk disemak oleh majikan/penemuduga. Susunlah dokumen-dokumen ini mengikut susunan yang dikehendaki dan janganlah digulung.
· Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum memasuki bilik temuduga itu. Janganlah merasa gentar, masuklah dengan hati yang tenang serta penuh yakin.
· Sediakan dua orang referre yang benar-benar mengenali anda, tetapi bukan saudara-mara anda, yang akan memberi perakuan terhadap diri anda. Eloklah jika anda mendapatkan keizinan dahulu daripada mereka.
2.Tingkah Laku Semasa Temuduga
· Semasa hendak masuk bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa saja. Ucapkan "Selamat Pagi" atau "Selamat Petang" mengikut pada keadaan waktu untuk memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.
· Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
· Jangan duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan.
· Jangan letakkan barang-barang, tangan atau siku di atas meja penemuduga.
· Jangan cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan.
· Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini.
· Jangan cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga.
· Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
· Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar.
· Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel.
· Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya.
· Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
· Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.
· Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
· Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
· Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
· Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
· Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
· Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
· Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
· Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan jumlah gaji yang akan dibayar.
· Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingini. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
· Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
· Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
· Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.
Posted by miss pia at 8:48 AM 0 comments
tips untuk menguasi bahasa Inggeris
Terdapat beberapa cara untuk belajar dan menguasai English. Cara yang amat penting ialah untuk benar-benar menunjukkan keinginaan bagi belajar bahasa ini dan membelanjakan masa yang mencukupi dan secara konsisten bagi menguasai bahasa ini. Berikut ialah petua praktikal atau panduan mengenai cara yang terbaik untuk menguasai English language.
1. Baca surat khabar harian, rencana pengarang, makalah dan cerprn dan novel yang yang baik. Juga dengar siaran berita BBC, CNBC, CNN dan stesen-stesen radio dan tv tempatan- ini boleh membantu anda menambahbaikkan sebutan English.
2. Baca stiap hari. Lebih baik jika and baca selama sejam sehari tanpa apa- apa hambatan. Jika anda membahagikan jam pembelajaran kepada jangka masa kecil sebanyak 15 minit sepanjang hari, penumpuan anda akan menjadi kuat dan anda boleh belajar cepat dan pengingatan anda juga boleh meningkat.
3. Masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan orang dalam pembelajaran Bahasa Inggeris ialah ketakutan mereka sendiri. Mereka takut mereka tidak berupaya menyatakan sesuatu secara betul dan tepat dan lantaran itu meraka enggan bercakap. Cara yang paling cepat untuk belajar sesuatu bahasa baharu ialah buat nya berulang kali. Sama seperti yang lain, pembelajaran English memerlukan latihan. Jangan memebenarkan ketakutan anda menjejaskan apa anda ingin mencapai. “Gunakannya atau hilangkannya ( “use it or lose it” ) merupakan satu nasihat yang perlu diikuti dalam perkara ini.
4. Gunakan pelbagai sumber, alat dan kaedah untuk belajar English. Internet ialah suatu sumber yang penting sempurna bagi belajar English. Cuba buat kuiz secara talian yang disediakan oleh BBC World Service dan pihak yang lain. Ini akan membolehkan anda menilai tahap kemahiran anda dalam Bahasa Inggeris.
Posted by miss pia at 8:42 AM 0 comments
selamat hari jadi.
Esok 23.3.2009 ualang tahun kelahiran insan yang amat aku sayangi dan aku cintai. kehadirannya dalam hidupku membawa seribu erti dalam hidup ini. tanpa dirinya kau tidak mungkin akan berada di dunia fana ini. tanpa dirinya juga aku tidak mungkin merasai kehidupan ini. insan ini terlalu istimewa buat dirinya. tiada insan lain mampu mengganti dirinya. dirinya terlalu istimewa dan sukar untuk diungkap dengan kata-kata. insan yang aku maksudkan ialah abahku. Esok hari ulang tahunnya yang ke 67. namun aku tidak dapat meraikan hari ulang tahunnya kerana abahku telah pun menyahut panggilan ilahi pada 7.8.2006. satu kehilangan yang amat memeritkan. pemergiannya membawa seribu kenangan. pemergian seolah-olah meragut keseluruhan semangat kami sekeluarga untuk mengharugi kehidupan ini. namun kenangan dan amanahnya membuatkan kami terus gagah menghadapi dugaan ini. kami harus redho dengan pemergian kerana ini adalah suratan takdir yang telah tertulis sejak azali. selamat hari ulang tahun abah.mudah-mudahan abah berbahagia disana dan ditempatkan dikalngan orang-orang yang soleh. amin
buat insan yang masih memiliki kedua orang tua sayangilah mereka dan berbaktilah kepada mereka selagi hayat dikandung badan. kehadiran mereka dalam kehidupan kita semua terbesar ertinya. tanap mereka kita tidak mungkin wujud dimuka bumi ini.
Posted by miss pia at 12:01 AM 0 comments
Saturday, March 21, 2009
sepatutnya minggu nie aku balik kampung tapi disebabkan da kerja yang perlu dibereskan aku terpaksa membatalkan niat untuk balik kampung. demi tugasan aku terpaksa korbankan keinginan diriku. minggu ini aku agak sibuk banyak benda yang kena dibereskan. kadng-kadang penat gak tapi nak wat mcm mana dah memang tanggunjawab aku sebagai seorang pelajar so kenalah buat apa yang patut.
Posted by miss pia at 11:54 PM 0 comments
Tuesday, February 17, 2009
hatiku terusik
Pandangan mataku tertumpu semula kearah pakcik tua itu tadi. Terselit rasa kagum dihatiku melihat ketabahannya. Beliau sanggup bersengkang mata untuk mencari rezeki yang halal. Mungkin segelintar manusia akan memandang hina pada pakcik tua itu. Tidak kurang juga memandang jijik. Namun padaku pakcik itu jauh lebih mulia dari mereka yang hanya meminta-minta tanpa mahu berusaha mencari rezeki dengan kudrat yang telah dikurniakan oleh Allah. Pakcik itu juga jauh lebih mulia dari mereka yang sanggup mencari wang dengan jalan yang singkat.terlintas difikirkan mampukah aku menjadi setabah pakcik itu dalam mencari rezeki yang halal.
Posted by miss pia at 1:18 AM 0 comments
lima syarat buat maksiat
Take your time to read
Lima syarat melakukan maksiat.
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”
Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”
“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”
“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”
“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”
“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”
“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”
“Baiklah, apa syarat yang kelima?”
Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.
Allahu a’lam bisshawab. .
Fikir-fikirkanlah.
Posted by miss pia at 12:08 AM 0 comments
Thursday, January 29, 2009
cinta dan cita-cita

Cinta dan cita-cita bunyi hampir sama tapi mempunyai maksud yang berlainan. Cinta itu terlalu luas pengertiannya, cinta bukan sekadar perkongsian perasaan antara dua insan tapi cinta itu meliputi banyak perkara. kerana cinta manusia berjaya dalam hidup tapi kerana cinta juga ramai yang kecundang dalam hidup. Perasaan cinta satu anugerah ilahi yang terlalu besar nilainya. Anugerah ini akan semakin bermakna jika ianya disirami dengan ketulusan hati keikhlasan dan juga kebijaksanaan. Namun anugerah ini akan membawa kecelakan jika ianya dibajai dengan hawa nafsu dan kebodohan yang nyata. Seorang manusia akan hancur jika terlalu taksub dengan cinta yang belum pasti kesudahan. Ketaksuban mereka membawa kehancuran. Bagi mereka cinta adalah segala-salanya.. tanpa cinta hidup ini umpama tiada erti. Sedangkan kehidupan ini satu perjalanan yang singkat dan kiata sebagai manusia harus bijak mengatur langkah agar kehidupan ini membawa seribu pengertian yang bermakna. Cinta bukan subjek utama dalam kehidupan kita. Sesungguhnya kasih sayang dan cinta manusia hanyalah setitis jika dibandingkan dengan selautan kasih sayang dan cinta Allah. Jika kamu kehilangan setitis itu tidak mengapa kerana kamu masih ada lagi selautan kasih yang sedia menanti. Kasih sayangNya terlalu agung dan tidak akan mengecewakan sesiapa.
Oleh itu, janganlah kerana cinta kita terus lupakan cita-cita yang ingin di gapai. Cita-cita yang disusuli dengan matlamat yang jelas akan lebih memudahkan perjalanan dan perancangan yang ingin di buat. Cita-cita atau impian akan menjadikan seseorang itu lebih bermotivasi dan berkeyakinan kerana mereka telah mempunyai matlamat dan hala tuju mereka. Mereka juga akan menjadi lebih berkeyakinan dan sentiasa m,emikirkan cara yang terbaik untuk merealisasikan cita-cita dan impian hidup mereka. Namun begitu harus diingatkan bahawa dalam usaha untuk mengapai cita-cita ini terlalu banyak dugaan dan halangan yang bakal kita tempuhi persediaan yang rapi serta kekuatan mental dan fizikal amat diperlukan supaya dapat sampai ke destinasi yang ingin dituju dengan jaya. Perjalanannya juga menuntut seribu pengorbanan. Kejayaaan, menjanjikan seribu kebahagiaan. Insyallah.....
Posted by miss pia at 2:24 PM 0 comments
kenangan bersama adik2 SMK Raja Chulan Ipoh
Ekspresi Diri Tanpa Dadah nie program first bg aku. walaupun dah lame program nie berlalu tapi ianya cukup bererti buat diri aku.Mmg penat wat program tp enjoy sgt coz dpt belajar sesuatu yang baru.Lepas buat program nie baru aku tahu betapa susahnye nak buat sesuatu program. kalau dulu aku selalu comlain bila join sesuatu program. Ada je yang aku xpuas hati. tapi bila dah wat program baru aku tahu betapa susah nak wat program. Banyak benda nak kena buat. Sepanjang mengendalikan program nie ngan member2 banyak benda baru yang aku belajar. di kesempatan ni aku nak ucap tima kasih pada kawan,pihak sekolah dan adik2 SRC yang cukup sporting sepanjang program.
Posted by miss pia at 1:20 AM 0 comments
Labels: miss pia
Tuesday, January 13, 2009
teman
Lupakan segala keperitan,
Bangkitlah dengan seribu kekuatan,
Buangkan segala kesengsaraan,
Hidupkan sejuta keceriaan,
Hapuskan air matamu,
Ukirlah kuntuman senyuman,
Jadikan kalamNya sebagai peneman,
Moga kekuatan terus berkekalan,
Kami di sisi sentiasa mendoakan,
Agar teman beroleh kekuatan,
Untuk mengharungi badai kehidupan,
Moga hidup penuh kebahagiaan.
Posted by miss pia at 4:50 AM 0 comments