CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 29, 2009

cinta dan cita-cita

Topik antara cinta dan cita-cita bukanlah sesuatu yang baru untuk diperkatakan. Topik ini mungkin sudah lapuk dan kita juga sering mendengar atau terbaca topik ini. Namun begitu hati ini terpanggil untuk terus membicarakan tentang topik ini apabila terbaca berita cubaan membunuh diri kerana gagal mendapatkan cinta yang diharapkan. Ramai insan dimuka ini terlalu alpa dengan cinta sehingga mengabaikan cita-cita. Namun begitu tidak kurang juga yang terlalu alpa dengan cita-cita sehingga mengabaikan cinta. Alangkah indahnya jika kita berjaya meraih kedua-duanya dengan jaya. Mudah untuk melafazkan tapi sukar untuk melaksanakan.

Cinta dan cita-cita bunyi hampir sama tapi mempunyai maksud yang berlainan. Cinta itu terlalu luas pengertiannya, cinta bukan sekadar perkongsian perasaan antara dua insan tapi cinta itu meliputi banyak perkara. kerana cinta manusia berjaya dalam hidup tapi kerana cinta juga ramai yang kecundang dalam hidup. Perasaan cinta satu anugerah ilahi yang terlalu besar nilainya. Anugerah ini akan semakin bermakna jika ianya disirami dengan ketulusan hati keikhlasan dan juga kebijaksanaan. Namun anugerah ini akan membawa kecelakan jika ianya dibajai dengan hawa nafsu dan kebodohan yang nyata. Seorang manusia akan hancur jika terlalu taksub dengan cinta yang belum pasti kesudahan. Ketaksuban mereka membawa kehancuran. Bagi mereka cinta adalah segala-salanya.. tanpa cinta hidup ini umpama tiada erti. Sedangkan kehidupan ini satu perjalanan yang singkat dan kiata sebagai manusia harus bijak mengatur langkah agar kehidupan ini membawa seribu pengertian yang bermakna. Cinta bukan subjek utama dalam kehidupan kita. Sesungguhnya kasih sayang dan cinta manusia hanyalah setitis jika dibandingkan dengan selautan kasih sayang dan cinta Allah. Jika kamu kehilangan setitis itu tidak mengapa kerana kamu masih ada lagi selautan kasih yang sedia menanti. Kasih sayangNya terlalu agung dan tidak akan mengecewakan sesiapa.

Oleh itu, janganlah kerana cinta kita terus lupakan cita-cita yang ingin di gapai. Cita-cita yang disusuli dengan matlamat yang jelas akan lebih memudahkan perjalanan dan perancangan yang ingin di buat. Cita-cita atau impian akan menjadikan seseorang itu lebih bermotivasi dan berkeyakinan kerana mereka telah mempunyai matlamat dan hala tuju mereka. Mereka juga akan menjadi lebih berkeyakinan dan sentiasa m,emikirkan cara yang terbaik untuk merealisasikan cita-cita dan impian hidup mereka. Namun begitu harus diingatkan bahawa dalam usaha untuk mengapai cita-cita ini terlalu banyak dugaan dan halangan yang bakal kita tempuhi persediaan yang rapi serta kekuatan mental dan fizikal amat diperlukan supaya dapat sampai ke destinasi yang ingin dituju dengan jaya. Perjalanannya juga menuntut seribu pengorbanan. Kejayaaan, menjanjikan seribu kebahagiaan. Insyallah.....

kenangan bersama adik2 SMK Raja Chulan Ipoh


Ekspresi Diri Tanpa Dadah nie program first bg aku. walaupun dah lame program nie berlalu tapi ianya cukup bererti buat diri aku.Mmg penat wat program tp enjoy sgt coz dpt belajar sesuatu yang baru.Lepas buat program nie baru aku tahu betapa susahnye nak buat sesuatu program. kalau dulu aku selalu comlain bila join sesuatu program. Ada je yang aku xpuas hati. tapi bila dah wat program baru aku tahu betapa susah nak wat program. Banyak benda nak kena buat. Sepanjang mengendalikan program nie ngan member2 banyak benda baru yang aku belajar. di kesempatan ni aku nak ucap tima kasih pada kawan,pihak sekolah dan adik2 SRC yang cukup sporting sepanjang program.

Tuesday, January 13, 2009

teman


Lupakan segala keperitan,

Bangkitlah dengan seribu kekuatan,

Buangkan segala kesengsaraan,

Hidupkan sejuta keceriaan,

Hapuskan air matamu,

Ukirlah kuntuman senyuman,

Jadikan kalamNya sebagai peneman,

Moga kekuatan terus berkekalan,

Kami di sisi sentiasa mendoakan,

Agar teman beroleh kekuatan,

Untuk mengharungi badai kehidupan,

Moga hidup penuh kebahagiaan.