CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, March 22, 2009

Tips Menghadapi Temuduga

Terdapat dua aspek mustahak semasa ingin menghadapi temuduga iaitu persediaan dan tingkah laku semasa temuduga.
1. Persediaan

· Selidik seberapa banyak yang dapat tentang pekerjaan yang anda pohon itu.Sumber-sumber yang boleh membantu ialah :
1. Mereka yang bekerja di dalam pekerjaan yang dipohon.
2. Bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh didapati dari pelbagai jabatan,
firma dan perpustakaan.
3. Ibu-bapa, saudara-mara dan rakan-rakan.

· Selidik sama ada anda mempunyai kelulusan akademik dan kelulusan-kelulusan lain sebagaimana yang dikehendaki bagi pekerjaan yang anda pohon itu.
· Jika anda ditemuduga bagi sesuatu pekerjaan yang berkehendakkan pengetahuan atau latihan khas, anda mungkin disoal tentang perkara tertentu yang berkaitan ataupun diberi satu ujian untuk menilai pengalaman, kemahiran atau kepantasan anda. Dalam hal seperti ini adalah berfaedah jika anda mengkaji semula perkara-perkara berkenaan sebelum menghadiri temuduga.
· Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat temuduga itu 10 minit sebelum temuduga itu dimulakan. JANGAN SEKALI-KALI DATANG LAMBAT.
· Pakai pakaian yang sesuai, kemas dan bersih.
· Kuku jari anda hendaklah bersih. Rambut hendaklah pendek bagi laki-laki dan kemas disikat bagi perempuan. Kasut anda juga hendaklah bersih.
· Apabila anda menjawab sesuatu iklan pastikan permohonan anda itu mengandungi segala butir-butir tertentu seperti yang dikehendaki di dalam iklan itu. Bersedialah menjawab soalan-soalan berkenaan dengan iklan dan kandungan surat permohonan itu.
· Bawa bersama sijil-sijil asal sekolah, dokumen-dokumen asal dan surat-surat akuan asal untuk disemak oleh majikan/penemuduga. Susunlah dokumen-dokumen ini mengikut susunan yang dikehendaki dan janganlah digulung.
· Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum memasuki bilik temuduga itu. Janganlah merasa gentar, masuklah dengan hati yang tenang serta penuh yakin.
· Sediakan dua orang referre yang benar-benar mengenali anda, tetapi bukan saudara-mara anda, yang akan memberi perakuan terhadap diri anda. Eloklah jika anda mendapatkan keizinan dahulu daripada mereka.

2.Tingkah Laku Semasa Temuduga
· Semasa hendak masuk bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa saja. Ucapkan "Selamat Pagi" atau "Selamat Petang" mengikut pada keadaan waktu untuk memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.
· Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
· Jangan duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan.
· Jangan letakkan barang-barang, tangan atau siku di atas meja penemuduga.
· Jangan cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan.
· Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini.
· Jangan cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga.
· Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
· Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar.
· Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel.
· Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya.
· Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
· Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.
· Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
· Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
· Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
· Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
· Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
· Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
· Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
· Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan jumlah gaji yang akan dibayar.
· Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingini. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
· Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
· Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
· Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

tips untuk menguasi bahasa Inggeris

Terdapat beberapa cara untuk belajar dan menguasai English. Cara yang amat penting ialah untuk benar-benar menunjukkan keinginaan bagi belajar bahasa ini dan membelanjakan masa yang mencukupi dan secara konsisten bagi menguasai bahasa ini. Berikut ialah petua praktikal atau panduan mengenai cara yang terbaik untuk menguasai English language.

1. Baca surat khabar harian, rencana pengarang, makalah dan cerprn dan novel yang yang baik. Juga dengar siaran berita BBC, CNBC, CNN dan stesen-stesen radio dan tv tempatan- ini boleh membantu anda menambahbaikkan sebutan English.
2. Baca stiap hari. Lebih baik jika and baca selama sejam sehari tanpa apa- apa hambatan. Jika anda membahagikan jam pembelajaran kepada jangka masa kecil sebanyak 15 minit sepanjang hari, penumpuan anda akan menjadi kuat dan anda boleh belajar cepat dan pengingatan anda juga boleh meningkat.

3. Masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan orang dalam pembelajaran Bahasa Inggeris ialah ketakutan mereka sendiri. Mereka takut mereka tidak berupaya menyatakan sesuatu secara betul dan tepat dan lantaran itu meraka enggan bercakap. Cara yang paling cepat untuk belajar sesuatu bahasa baharu ialah buat nya berulang kali. Sama seperti yang lain, pembelajaran English memerlukan latihan. Jangan memebenarkan ketakutan anda menjejaskan apa anda ingin mencapai. “Gunakannya atau hilangkannya ( “use it or lose it” ) merupakan satu nasihat yang perlu diikuti dalam perkara ini.

4. Gunakan pelbagai sumber, alat dan kaedah untuk belajar English. Internet ialah suatu sumber yang penting sempurna bagi belajar English. Cuba buat kuiz secara talian yang disediakan oleh BBC World Service dan pihak yang lain. Ini akan membolehkan anda menilai tahap kemahiran anda dalam Bahasa Inggeris.

selamat hari jadi.


Esok 23.3.2009 ualang tahun kelahiran insan yang amat aku sayangi dan aku cintai. kehadirannya dalam hidupku membawa seribu erti dalam hidup ini. tanpa dirinya kau tidak mungkin akan berada di dunia fana ini. tanpa dirinya juga aku tidak mungkin merasai kehidupan ini. insan ini terlalu istimewa buat dirinya. tiada insan lain mampu mengganti dirinya. dirinya terlalu istimewa dan sukar untuk diungkap dengan kata-kata. insan yang aku maksudkan ialah abahku. Esok hari ulang tahunnya yang ke 67. namun aku tidak dapat meraikan hari ulang tahunnya kerana abahku telah pun menyahut panggilan ilahi pada 7.8.2006. satu kehilangan yang amat memeritkan. pemergiannya membawa seribu kenangan. pemergian seolah-olah meragut keseluruhan semangat kami sekeluarga untuk mengharugi kehidupan ini. namun kenangan dan amanahnya membuatkan kami terus gagah menghadapi dugaan ini. kami harus redho dengan pemergian kerana ini adalah suratan takdir yang telah tertulis sejak azali. selamat hari ulang tahun abah.mudah-mudahan abah berbahagia disana dan ditempatkan dikalngan orang-orang yang soleh. amin
buat insan yang masih memiliki kedua orang tua sayangilah mereka dan berbaktilah kepada mereka selagi hayat dikandung badan. kehadiran mereka dalam kehidupan kita semua terbesar ertinya. tanap mereka kita tidak mungkin wujud dimuka bumi ini.

Saturday, March 21, 2009

sepatutnya minggu nie aku balik kampung tapi disebabkan da kerja yang perlu dibereskan aku terpaksa membatalkan niat untuk balik kampung. demi tugasan aku terpaksa korbankan keinginan diriku. minggu ini aku agak sibuk banyak benda yang kena dibereskan. kadng-kadang penat gak tapi nak wat mcm mana dah memang tanggunjawab aku sebagai seorang pelajar so kenalah buat apa yang patut.