CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 17, 2009

hatiku terusik

Di hening malam yang mendamaikan sedang leka menyiapkan tugasan. Hatiku terusik apabila terpandang diluar pintu rumah. Aku lihat seorang pakcik tua sedang terbongkok-bongkok mengeledah sampah yang baru kami buang tadi. Jam ditanganku menunjukkan hampir pukul 3 pagi. Sedang orang lain enak dibuai mimpi pakcik tua itu bersengkang mata mencari rezeki dari tong sampah. Hatiku begitu sayu apabila melihat tingkahnya. Serta merta aku teringatkan abahku yang telah lama pergi . Rindu sungguh rasa hati ini pada senyum tawanya. Rasa rindu ini sungguh sukar untuk digambarkan.Aku sedih dan terkilan kerana tidak sempat membalas jasanya. Abahku pergi tanpa sempat melihat anaknya ini berjaya. Namun apalah dayaku untuk melawan takdir ilahi. Aku hanya mampu berserah dan redho pada ketentuanNya. Aku doakan moga abah sentiasa aman disana dan ditempatkan dikalangan orang yang soleh.buat mereka yang masih memiliki ibu dan ayah sayangilah mereka dan hormati mereka. Tanpa mereka kita tidak akan wujud di dunia ini.

Pandangan mataku tertumpu semula kearah pakcik tua itu tadi. Terselit rasa kagum dihatiku melihat ketabahannya. Beliau sanggup bersengkang mata untuk mencari rezeki yang halal. Mungkin segelintar manusia akan memandang hina pada pakcik tua itu. Tidak kurang juga memandang jijik. Namun padaku pakcik itu jauh lebih mulia dari mereka yang hanya meminta-minta tanpa mahu berusaha mencari rezeki dengan kudrat yang telah dikurniakan oleh Allah. Pakcik itu juga jauh lebih mulia dari mereka yang sanggup mencari wang dengan jalan yang singkat.terlintas difikirkan mampukah aku menjadi setabah pakcik itu dalam mencari rezeki yang halal.

0 comments: