
Cinta dan cita-cita bunyi hampir sama tapi mempunyai maksud yang berlainan. Cinta itu terlalu luas pengertiannya, cinta bukan sekadar perkongsian perasaan antara dua insan tapi cinta itu meliputi banyak perkara. kerana cinta manusia berjaya dalam hidup tapi kerana cinta juga ramai yang kecundang dalam hidup. Perasaan cinta satu anugerah ilahi yang terlalu besar nilainya. Anugerah ini akan semakin bermakna jika ianya disirami dengan ketulusan hati keikhlasan dan juga kebijaksanaan. Namun anugerah ini akan membawa kecelakan jika ianya dibajai dengan hawa nafsu dan kebodohan yang nyata. Seorang manusia akan hancur jika terlalu taksub dengan cinta yang belum pasti kesudahan. Ketaksuban mereka membawa kehancuran. Bagi mereka cinta adalah segala-salanya.. tanpa cinta hidup ini umpama tiada erti. Sedangkan kehidupan ini satu perjalanan yang singkat dan kiata sebagai manusia harus bijak mengatur langkah agar kehidupan ini membawa seribu pengertian yang bermakna. Cinta bukan subjek utama dalam kehidupan kita. Sesungguhnya kasih sayang dan cinta manusia hanyalah setitis jika dibandingkan dengan selautan kasih sayang dan cinta Allah. Jika kamu kehilangan setitis itu tidak mengapa kerana kamu masih ada lagi selautan kasih yang sedia menanti. Kasih sayangNya terlalu agung dan tidak akan mengecewakan sesiapa.
Oleh itu, janganlah kerana cinta kita terus lupakan cita-cita yang ingin di gapai. Cita-cita yang disusuli dengan matlamat yang jelas akan lebih memudahkan perjalanan dan perancangan yang ingin di buat. Cita-cita atau impian akan menjadikan seseorang itu lebih bermotivasi dan berkeyakinan kerana mereka telah mempunyai matlamat dan hala tuju mereka. Mereka juga akan menjadi lebih berkeyakinan dan sentiasa m,emikirkan cara yang terbaik untuk merealisasikan cita-cita dan impian hidup mereka. Namun begitu harus diingatkan bahawa dalam usaha untuk mengapai cita-cita ini terlalu banyak dugaan dan halangan yang bakal kita tempuhi persediaan yang rapi serta kekuatan mental dan fizikal amat diperlukan supaya dapat sampai ke destinasi yang ingin dituju dengan jaya. Perjalanannya juga menuntut seribu pengorbanan. Kejayaaan, menjanjikan seribu kebahagiaan. Insyallah.....